LATAR BELAKANG KUIL
Kuil ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Lebih kurang pada tahun 50 an dan 60 an, kawasan sekitar Batu 1 Jalan Tras, iaitu di kawasan kuil ini hanyalah dalam keadaan hutan sahaja.
Didapati hanya beberapa keluarga sahaja yang mendapat tanah dan membina rumah diatas lot masing-masing. Di antara penduduk tersebut, ada seorang beragama hindu bermimpi akan sebuah pokok besar dan “Dewa Muniswarar’ disitu.
Keesokan harinya, beliau telah membersihkan kawasan tersebut dan membina sebuah pondok untuk bersembahyang. Di sebelah pokok tersebut terdapat sebuah pokok yang menyerupai “Dewa Ganesha”, lalu pokok itu disembah sebagai “Dewa Ganesha” atau “Pillaiyar”. “Dewi Kaliamman” juga ditempatkan disitu dan disembah. Sejak hari itu penduduk semakin bertambah dan kuil ini pula dikenali ramai.
Perayaan tahunan mula diadakan pada pertengahan tahun 70an. Pada tahun 2014, Jawatankuasa kuil sebelum ini telah bercadang untuk membesarkan kuil ini namun kerja-kerja pembinaan tertangguh kerana tidak mendapat kebenaran penuh dari Majlis Perbandaran Bentong. Hampir 5 tahun kerja-kerja tidak dapat dilakukan. Oleh itu suatu perbincangan diadakan dan Jawatankuasa baru ditubuhkan.
Jawatankuasa baru berjaya mendapat kebenaran daripada Majlis dan kerja-kerja pembinaan dimulakan serta merta pada bulan Mac 2019. Jawatankuasa baru menghadapi sedikit kesukaran dalam perbelanjaan kerana tiada baki dalam akaun kuil, namun pembinaan berjaya dilaksanakan dengan sumbangan orangramai. Kuil ini telah siap sepenuhnya pada bulan Jun 2019. Jawatankuasa telah mengadakan “Maha Kumbabishegam”pada 07/07/2019.
Kuil ini sekarang berusia lebih 60 tahun. Sekian.
KEUNIKAN KUIL
- Dewi “Kaliamman” dan Dewa “Muniswarar” adalah Dewa dan Dewi Utama kuil ini.
- Satu-satunya kuil yang mempunyai Dewa “Hanuman”, Dewi “Nagammah” dan “Arasa Mara Pillaiyar di bandar Bentong.
- Perayaan tahunan diadakan dengan upacara berjalan diatas bara api.
- Pokok besar yang disembah sebagai Dewa “Muniswarar” gagah berdiri hingga kini.
SENARAI PERAYAAN KHAS KUIL
- Perayaan Tahunan (Berjalan Diatas Bara Api)
- Perayaan Ponggal
- Perayaan Vinayagar Sathurthy
- Perayaan Aanjenayar Jayanthi
- Perayaan Kaarthgai
BAYARAN POOJA-POOJA KHAS
- Pooja mingguan (Jumaat) - RM 101.00
- Pooja bulanan (Pournami) - RM 101.00
- Pooja bulanan (Sankathahara Sathurthy) - RM 101.00
NAMA ARCHAGAR DAN NEGARA ASAL
- Murugesan s/o Muthu - Gangaikondan, Tami Nadu, India
MAKLUMAT AKTIVITI KEMASYARAKATAN
- Kelas Thevaram percuma telah dirancang tetapi tidak dapat diteruskan berikutan peningkatan kes covid 19.
- Kelas Silambam dan Bharatham dalam perancangan.
Kesemua ativiti akan diadakan selepas kebenaran dari Pihak Berkuasa bagi keselamatan semua.
TARIKH KUMBABISHEGAM
- 07/07/2019
Create Your Own Website With Webador